Monday, December 19, 2011












(blog sapa ni..nak follow)




aku sekarang tenagh fanatik giler dngan sketch,sketch n sketch.memang kalau aku minat kalau boleh satu dunia aku nak share.




                            


sesiapa reti lukis?Kalau ada boleh share.
 






cun tak mata ni?eye sketch ni boleh search kat mana2 ja. Bukan aku yang lukis...kalau  berpeluang aku akan post lukisan aku yang tak cun dan tak berbakat ni.






                                       







aku selalu  bayangkan kalau aku dapat buat macam-macam ekspresi.Macam gambar kat atas ni..Syok!!Hahaha.:D


well,dah lama aku tak beli gempak.Sebenarnya syok jugak komik tempatan.sokong!!.Memanglah komik jepun dapat banyak perhatian,tetepi banyak mangaka Malaysia yang berbakat.Aku harap mereka dapat tingkatkan kualiti!!Hwaiting!!Tapi nilai murni perlu ada.Bukan sekadar lukisan cantik semata-mata.Aku harap bagi pelukis komik melayu islam ,harap lukis lebih banyak lagi komik islamik..Kalau tiada siapa yang akan sokong aku akan sokong..



Kalau aku ada masa,dan kalau aku sudah reti lukis guna komputer,teringin jugak aku nak pamerkan cara-cara melukis komik.kalau tak cuba buka kat youtube..Banyak..Aku suggest buka link..Cara2 melukis wanita yang bertudung.Sekadar hobi..Kalau nak serius pun boleh jugak..






see her smile:)





She is crying or sleeping??

                                                   




                                                   




                                                                   













Monday, July 18, 2011

cara2 berdkwah yg btul....

Assalamualaikum,

ada banyak orang ingin berdakwah tetapi bukan dengan cara yang sepatutnya.Kita tahu mungkin niat dia baik,tetapi saya fikir that's better kalau dia x guna cara yang menjengkelkan orang lain.orang yang ingin melihat org lain terkasan dengan dakwahnya patut guna cara psikologi.Ni pakai redah je....klau nk tgur org kita msti liht dulu luaran org yg hndk didkwahkn ..klau remaja mreka kebnyaknnya mmbrontak dan slalu fikir mreka itu betul lalu sukar sdikit klau hndk ditgur.skap mreka kbnyakannya ego.so.pndkwah sptutnya tak menegur seolah2 klau mereka mmg slah dan slah..guna dngn nda yg lmbut spontan dan sdkit lawak...tak payah la sinis sngt...ada org yang bebal,lagi ditegur tmbah pula dngn cra yg dia tak suka lagi dia nk buat bnda yg pendkwah tak...ada yang suka main tarik tali...tengak spa mng spa salah...

ok, sini shja sya mnukirkn tinta saya...ikuti siri kedua....


maa,salamah...

Tuesday, June 14, 2011

folioku oh foliomu

folioku sudah hampir siap ke???punyalah menghabiskan duit berjuta2..terfikir kenapa kerajaan @kemaenterian pelajaran menngkhususkan kerja khusus untuk ppriksaan kalaau setakat copy@paste..Tak patut...cpy paste pun udahle mmkan satu kertas yg dprint 40$ shlai...klau 100 kping?itu folio sejarah..adkah folio ats dsar duit smata2...mcm tak ada matlamat pula klau sstngh orng buat folio stkt print yg kwn..knonnya kalau buat tu bleh la bca psal pentadbiran...yg stakat copy nih?so ,sya srnkn krajaan lupuskanla kerja khusus yg merenyahkan ini...gantikanlh yg bermanfaat danl ebih berjimat...

Friday, May 20, 2011

suka warna biru muda sangat2 pernah dengar satu bait ayat jepun...pernahdengar satu bait ayat jepun... pertama kali aku melihatmu perlahan2 duniaku bertukar biru kemudian bertukar merah jambu
dan sekuntum bunga merah mekar di hatiku..so sweet kan?
lepas satu satu lepas satu dua..cuak giler....sampai bila aku nak bersabar camni..lama betul aku simpan dalam hati tapi tak satu pun yang terkeluar...jus't let it down umairah but i can't..it so dramatic so klise and so soda(that nonsense again).ibarat satu putaran yang memang akan berlaku.ia sungguh jelas kan? sampai mati pun macam tu aku rasa..kalau penulis novel buat watak novel berdasrkan manusia-manusia ni pasti novel itu laris berjuta-juta..what so bad??


p/s: say no to smoking...(panjangnya fikir)lelaki pertama yang akan saya tolak lelaki macam ni.tolak ke longkang pun okey.

Friday, April 15, 2011

april 15 and must b frighten...oh no! pmr as water..blow faster....strong,strong...study smart no study smart.i save from malay oral last thursday..thats good actually because i'm not ready ..absolutely.......love you Malaysia ..'no jahil pemimpin' can change you...

ALLAHUAKBAR!!!

Wednesday, April 6, 2011


last2 chorus speaking tak jadi...saya dah agak dah...macam taun lepas..asyik2 TD(tarik diri) asalkan cikgu tak kata kurang nilai murni sudah.tetapi agaknyalah kurang kerjasama...kesuan orang yang semangat nak buat..tapi dah kesuntukan masa nak buat macam mana?

Saturday, April 2, 2011

Perang musuh vs Perang nafsu

Sewaktu saya membaca novel Abdul Latip ,Tariq penakluk Andalus hati saya sering berbisik seperti ketika saya membaca novel Salahudin Al-Ayubi.Saya membayangkan ketika itu apabila mereka berjuang di medan perang dengan keimanan yang menebal ,pengorbanan yang bukan sedikit dan kesungguhan untuk mencontohi Nabi Muhammad Shallahu'alaiwassam dan para sahabat ketika berperang.Taktik perang yang menakjubkan dan jika digunakan pada masa ini ia masih memberi kesan.Mampukah kita berperang pada waktu ini jika dunia diperintah oleh pemimpin yang jahil?Berperang.Perang musuh atau perang nafsu?

Friday, January 28, 2011

Sekiranya anda pendiam tulislah apa yang anda rasa

Sekiranya anda sedih lukislah kesedihan itu kepada ALLAH
sekiranya anda bosan beribadahlah sebanyaknya
kerana tidak sepatutnya ada istilah bosan dalam hidup..
sekiranya anda genbira,bersyukurlah dengan nikmatNYA
Sekiranya anda takut memikirkan mati,bertaubatlah yang afdhal iaitu taubat nasuha...
sekiranya anda tidak tahu apa yang perlu anda buat
cuba-cubalah anda membaca kata-kata ini......

Friday, January 14, 2011

Sekujur tubuh kakak yang kaku di atas katil usang arwah mak ku tatap sayu.Bibirnya yang dahulu merah mekar nampak ketara lesunya.Mata bundarnya katup rapat, tidak berpeluang aku bertentang mata buat kali terakhir.Adik masih memeluk kaki kakak dengan erat.Masih menunggu kakak bangun.Pak Ngah mengenggam tanganku.Aku tunduk.Penduduk kampung sudah ramai untuk membaca Yassin.Aku meraba pipi.Terasa panas.Biarlah aku dikatakan tidak jantan kerana menangis.Biarlah. ''Kakak sudah lama menderita,Sejak mak meninggal dunia lagi.Sejak ayah menghilangkan diri,'' bisikku ke telinga Pak Ngah.Itu kenyataannya.Kakaklah mak kakaklah ayah.waktu pagi akak ke sekolah yang jauhnya 35 minit menaiki basikal buruknya.Petang kakak bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara kami sekeluarga.Aku di asrama dan sukar untuk aku membantu.Masih teringat senyuman pertama kakak sejak mak meninggal.Senyuman yang selalunya hambar menjadi ikhlas dan tidak dibuat-buat '' Kakak ke U nanti kau jaga adik baik-baik.Kakak tahu adik orangnya nakal.,tetapi hatinya lembut.Mudah tersentuh,emosi sebab itu kau jangan terlalu mengusiknya.''Pesanan kakak masih segar di ingatan.Akan aku pegang amanahnya.Itu janjiku.Aku menyeluk tangan ke dalam poket.Sekeping kertas berlipat aku keluarkan.aku baca isinya,kemudian aku renyukkan.Inilah impian kakak.Inilah juga bukti titik peluh kakak. Subuh tadi aku bangun seperti biasa.sekarang bulan 12.Cuti sekolah.Kakak yang menggerakkanku.Mataku berpinar-pinar melihatnya yang sedang bertelekung.Kemudian kakak beralih mengejutkan adik kerana kami sudah merancang untuk menziarah kubur mak. ''Kau mandikan adik.selepas solat akak nak masak.Kakak dah janji nak masak nasi goreng ikan masin untuk adik,''Suara kakak serak.Kemudian kakak batuk seperti selalu.Pernah juga batuk kakak batuk berdarah.Entah apa penyakitnya aku tidak tahu. Tiba-tiba aku teruja.Aku teringat sepucuk surat yang diterima semalam.Aku mahu membuat kejutan untuk kakak.Biar kakak kembali ketawa.Biar akak tahu corak masa depannya. ''Abang,kakak tak bangun lagi.''suara kecil adik membuatkan aku tersentap.Aku berlari anak ke tempat kakak sembahyang.Tubuh kurus kakak sedang sujud.Kaku. Adik tidak faham sewaktu aku berlari memeluk kakak.Adik tidak faham apa yang berlaku sewaktu aku meramas tangan sejuk kakak dan membaringkannya.Adik tidak faham apabila aku mula menangis.Sungguh adik tidak faham kerana dia hanyalah kanak-kanak berumur lapan yang belum mengerti akan hakikat kematian.sepucuk surat untuk kakak yang terasa kesat di dalam poket seluar membuat aku semakin sayu. TAWARAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE MANCHESTER.Tapi kakak pergi dulu.Apa gunanya?Aku kembali menatap adik.Sekarang dia hanya ada aku.Sungguh aneh apabila dia tersenyum.Mungkin dia menyangka kakak akan bangun.Mungkin Adik menyangka kakak akan bangun memasak nasi goreng ikan masin untuknya.Adik terus tersenyum.
2010-09-12oleh umairah
seseorang manusia itu adakalanya menjengkelkan aka...

muka baru

terimalah saya sebagai penulis blog yang baru