Sunday, September 12, 2010

CERPEN:kakak

'Sekujur tubuh kakak yang kaku di atas katil usang arwah mak ku tatap sayu.Bibirnya yang dahulu merah mekar nampak ketara lesunya.Mata bundarnya katup rapat, tidak berpeluang aku bertentang mata buat kali terakhir.Adik masih memeluk kaki kakak dengan erat.Masih menunggu kakak bangun.Pak Ngah mengenggam tanganku.Aku tunduk.Penduduk kampung sudah ramai untuk membaca Yassin.Aku meraba pipi.Terasa panas.Biarlah aku dikatakan tidak jantan kerana menangis.Biarlah.
''Kakak sudah lama menderita,Sejak mak meninggal dunia lagi.Sejak ayah menghilangkan diri,'' bisikku ke telinga Pak Ngah.Itu kenyataannya.Kakaklah mak kakaklah ayah.waktu pagi akak ke sekolah yang jauhnya 35 minit menaiki basikal buruknya.Petang kakak bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara kami sekeluarga.Aku di asrama dan sukar untuk aku membantu.Masih teringat senyuman pertama kakak sejak mak meninggal.Senyuman yang selalunya hambar menjadi ikhlas dan tidak dibuat-buat
'' Kakak ke U nanti kau jaga adik baik-baik.Kakak tahu adik orangnya nakal.,tetapi hatinya lembut.Mudah tersentuh,emosi sebab itu kau jangan terlalu mengusiknya.''Pesanan kakak masih segar di ingatan.Akan aku pegang amanahnya.Itu janjiku.Aku menyeluk tangan ke dalam poket.Sekeping kertas berlipat aku keluarkan.aku baca isinya,kemudian aku renyukkan.Inilah impian kakak.Inilah juga bukti titik peluh kakak.
Subuh tadi aku bangun seperti biasa.sekarang bulan 12.Cuti sekolah.Kakak yang menggerakkanku.Mataku berpinar-pinar melihatnya yang sedang bertelekung.Kemudian kakak beralih mengejutkan adik kerana kami sudah merancang untuk menziarah kubur mak.
''Kau mandikan adik.selepas solat akak nak masak.Kakak dah janji nak masak nasi goreng ikan masin untuk adik,''Suara kakak serak.Kemudian kakak batuk seperti selalu.Pernah juga batuk kakak batuk berdarah.Entah apa penyakitnya aku tidak tahu.
Tiba-tiba aku teruja.Aku teringat sepucuk surat yang diterima semalam.Aku mahu membuat kejutan untuk kakak.Biar kakak kembali ketawa.Biar akak tahu corak masa depannya.
''Abang,kakak tak bangun lagi.''suara kecil adik membuatkan aku tersentap.Aku berlari anak ke tempat kakak sembahyang.Tubuh kurus kakak sedang sujud.Kaku.
Adik tidak faham sewaktu aku berlari memeluk kakak.Adik tidak faham apa yang berlaku sewaktu aku meramas tangan sejuk kakak dan membaringkannya.Adik tidak faham apabila aku mula menangis.Sungguh adik tidak faham kerana dia hanyalah kanak-kanak berumur lapan yang belum mengerti akan hakikat kematian.sepucuk surat untuk kakak yang terasa kesat di dalam poket seluar membuat aku semakin sayu.
TAWARAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE MANCHESTER.
Tapi kakak pergi dulu.Apa gunanya?Aku kembali menatap adik.Sekarang dia hanya ada aku.Sungguh aneh apabila dia tersenyum.Mungkin dia menyangka kakak akan bangun.Mungkin Adik menyangka kakak akan bangun memasak nasi goreng ikan masin untuknya.Adik terus tersenyum.

No comments:

Post a Comment

muka baru

terimalah saya sebagai penulis blog yang baru